Monday, 29 April 2013

Alkisah seekor kuda.

K

uda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…

 

Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…

 

Pencipta membalas, “Saya sedia menjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

 

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…

 

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat…

 

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

 

Kuda terkejut… siapa unta itu?

 

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

 

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

 

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

 

Pencipta itu menjawab: “Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

 

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

 

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

 

Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

 

 

Senyum

 

 

* Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakahdaily, 16 Jamadil Akhir 1434 H.

Thursday, 25 April 2013

Pemimpin

S

irah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

 

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata :

 

“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

 

 

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:

 

“Dari mana diperolehi ini?”.

"Daripada unta yang kita sembelih hari ini".

 

Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

 


* Sedutan sebahagian dari Artikel "Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’", oleh Dr. MAZA

Tuesday, 23 April 2013

Kitab Hindu Lama Ramal Kemunculan Nabi Muhammad S.A.W

S

eorang professor bahasa dari Alahabad University India dalam salah satu buku terakhirnya bertajuk "KALKY AUTAR" (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru sahaja diterbitkan telah memuat satu pernyataan yang sangat mengejutkan di kalangan intelektual agama Hindu sendiri.

 

Ayat-ayat ramalan kedatangan nabi Muhammad

Disebutkan dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27 :

 

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yg berada di lingkungan itu, yg kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak-semak/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”

 

Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah SAW adalah orang yang dinantikan sebagai pembaharu spiritual.

 

Prof. Waid Barkash (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada lapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya bersetuju dengan kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku.

 

Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri "KALKY AUTAR" sama padan dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

 

Dalam ajaran Hindu, ada disebutkan ciri-ciri KALKY AUTAR, yang mana diantaranya, bahawa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Menariknya apabila bahasa sanskrit tersebut,  SYANUYIHKAT adalah paduan dari dua patah perkataan aitu SYANU ertinya ALLAH manakala YAHKAT ertinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN.

 

Dengan demikian kata SYANUYIHKAT ertinya "ABDULLAH". Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya "AMINAH". Sementara semua orang tahu bahwa nama bapa Rasulullah SAW adalah ABDULLAH manakala nama ibunya pula AMINAH.

 

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahawa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.

 

Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash ialah, kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan KALKY AUTAR seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa KALKY AUTAR engelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung akan peristiwa kejadian Isra' Mi'raj dimana Rasullah S.A.W telah menaiki sejenis kuda bernama Buroq.

 

Wallahu A’lam...

 

*Sumber 1 & 2